Slide 1 Title Here

This is slide 1 description.

Slide 2 Title Here

This is slide 2 description.

Slide 3 Title Here

This is slide 3 description.

Slide 4 Title Here

This is slide 4 description.

Wednesday, 14 January 2015

TESTIMONI MENAKJUBKAN DENGAN MENGGUNAKAN SW-MATERNITY OIL



Alhamdulillah.. Selama 9 bulan 9 hari bayi perempuan saya didalam kandungan selamat dilahirkan pada 01.10.2014.

Begitu banyak dugaan yang harus saya tempuhi dan harungi. Selepas mengandungkan anak pertama, Dr ada menyatakan yang saya mungkin sukar mengandung atas sebab masalah dalaman yang saya alami selepas mengalami kemalangan serius. Namun dengan kuasa Allah Swt dan usaha saya yakin terhadap formula-formula CVT yang dicadangkan oleh pengamal-pengamal CVT boleh membantu menyelesaikan masalah saya ini.

Setelah hampir 8 tahun menunggu, pada awal januari 2014 saya mendapati saya telahpun hamil anak kedua. Begitu gembiranya saya hanya Allah Swt saja yang tahu. Namun apakan daya saya setiap yang baik pasti besar dugaannya. Saya mengalami batuk yang sangat teruk sehingga satu ketika ketika sarat mengandung saya mengalami strok seluruh badan selama 3 hari. Saya telahpun dibantu oleh Prof.Eme.Dr Norhisham Wahab sendiri dengan urutan ais dibahagian tengkuk dan menyarankan saya agar mengambil formula NW2 dan SW-MATERNITY OIL sepanjang kehamilan dan berpantang. Alhamdulillah…MENAKJUBKAN, dengan izin Allah SWT saya telah sembuh sepenuhnya dan kembali aktif seperti sediakala.

Dugaan yang sangat mengganggu emosi saya sebagai seorang yang bakal bergelar ibu.. Saya mengalami pendarahan yang banyak. Dengan perasaan yang gusar dan sedih, saya mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital. Dr ada menyarankan pada saya untuk tidak meneruskan kehamilan ini kerana kuatir akan membahayakan ibu ataupun anak didalam kandungan. Namun saya kuatkan semangat dan Selama tempoh kehamilan saya meneruskan juga dengan mengambil sepenuhnya formula CVT dan rawatan mandian ais.

Pendarahan masih ada selama 6 bulan kandungan namun saya yakin saya dan kandungan berada dalam keadaan yang sihat. Saya senantiasa melakukan rawatan mandian ais dan mengambil ALGA WOMEN OIL, formula nw2, nw20, nw16 serta SW-maternity oil. Selama kehamilan, saya hanya membuat pemeriksaan kandungan sebanyak 3 kali dan tidak mengambil mana-mana makanan tambahan yang telah disyorkan oleh pihak hospital. Berkat kesabaran dan keyakinan saya terhadap apa yang telah saya pelajari tentang Ilmu CVT yang mendekatkan diri kita terhadap Allah Swt. Pada 01.10.2014 saya telahpun selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama NUR ALIYAH BATRISYIA BIN MOHD ISA seberat 3.39kg melalui pembedahan caesarean.

Terima Kasih tak terhingga kepada semua yang membantu terutamanya pihak CVT yang melahirkan formula yang sangat luar biasa. Kerana saya yakin dengan janji Allah SWT bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya.. Saya memilih CVT untuk terus sihat dengan izin ALLAH Swt.


Bayi berusia 2 minggu. Bayi dalam keadaan yang sihat dan semangat. Formula yang diambil :-
     
  •      EQ
  •      Sw-Maternity Oil
  •      Sw20
  •      T3 (nw20)




Bayi berusia 1 bulan. Bayi semakin cepat membesar, bijak dan sudah pandai melihat sekeliling. Formula yang diambil :-

  •      SW-Maternity oil
  •      EQ
  •      SW4
  •      T3 (nw20)



Bayi berusia 1 bulan setengah. Berat bayi semakin bertambah dan sudah mula pandai mengajuk dan mengagah. Formula yang diambil:-

  •      Sw-Maternity oil
  •      EQ
  •      SW2
  •      T3 (nw20)




Bayi berusia 2 bulan. Bayi Dalam keadaan sangat sihat dan kulit semakin halus dan putih. Bayi sudah pandai membuat gimik muka merajuk, sedih dan gembira. Dan telah pandai mendengar dan mengajuk. Formula yang diambil :-

1.  SW- Maternity oil
2.  SW16
3.  EQ
4.  T3 (nw20)


Bayi berusia 2 bulan setengah. Bayi sudah mula menyiarap dan memusingkan badan kekiri dan kekanan. Pembesaran bayi sangat menggembirakan saya sebagai seorang ibu. Bayi tidak mengambil mana-mana suntikan dari hospital. Formula yang diambil :-

  •      SW2
  •      SW4
  •      T3 (nw5)
  •      EQ


TESTIMONI PESAKIT YANG DIRAWAT SEPENUHNYA DENGAN TERAPI URUTAN AIS DAN PRODUK CVT OLEH PENGAMAL TERTINGGI PUAN HARTINI DARI SINGAPURA

                                                                 
    
AKTIVITI MENUNGGANG JET SKI PADA 04.12.2014. IAITU SEBELUM KEJADIAN BERLAKUNYA KECEDERAAN SERIUS DIMUKA

                   
  
SELEPAS BERLAKUNYA KEMALANGAN TERUS KE HOSPITAL DI THAILAND UNTUK PEMERIKSAAN CT BRAINS DAN SELANJUTNYA.

                                                                                                                 
                    

SELEPAS SELESAI MENDAPATKAN PEMERIKSAAN, PIHAK HOSPITAL INGIN MELAKUKAN PEMBEDAHAN, NAMUN PESAKIT MENOLAK DAN PULANG KE PENGINAPAN.


DARAH PESAKIT TIDAK BERHENTI-HENTI..DENGAN MENGGUNAKAN ICE SEBAGAI MEDIUM RAWATAN KECEMASAN UNTUK MEMBERHENTIKAN DARAH SECARA BERULANG-ULANG DENGAN KEKERAPAN YANG KONSISTEN SEMENTARA MENUNGGU PENERBANGAN PULANG KE MALAYSIA. ALHAMDULILLAH DARAH BERHENTI MENGALIR DAN KELUAR.



HARI PERTAMA RAWATAN. SETIBANYA DI RUMAH PESAKIT DIMINTA BEREHAT SECUKUPNYA SEBELUM MELAKUKAN RAWATAN SELANJUTNYA. SAYA SEBAGAI PENGAMAL CVT MELAKUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI PENGAMAL YANG TELAH DILATIH DAN TELAH MENGIKUTI PENGAJIAN DI CVT. SEGALA ILMU YANG ADA DIMANFAATKAN.

  • MELAKUKAN DIAGNOSIS KESELURUHAN KEPADA PESAKIT.
  • MENGENAL PASTI MASALAH PESAKIT. PESAKIT DIDAPATI PATAH DISEBELAH KIRI RAHANG , PATAH DIKIRI ZYGOMATIC ARCH DAN PENDARAHAN DI SINUS.
  • MELAKUKAN RAWATAN MANDIAN AIS UNTUK MENGEMBALIKAN TENAGA DARI SEGI SPIRITUAL DAN FIZIKAL.




HARI KEDUA RAWATAN. KEADAAN PESAKIT KEMBALI BERSEMANGAT SELEPAS MELAKUKAN TERAPI MANDIAN HDI. DAN RAWATAN DITERUSKAN DENGAN URUTAN AIS DAN MENGGUNAKAN FORMULA ALGA WOMEN OIL, SEJUTA WAJAH DAN BEBERAPA BOTOL NW ( NW20, NW1)


HARI KETIGA RAWATAN. PESAKIT KINI SEMAKIN BERANSUR PULIH. BENGKAK SEMAKIN MENURUN DAN PENDARAHAN BERHENTI SEPENUHNYA. LUKA JUGA SEMAKIN MENGECUT. FORMULA DITERUSKAN DENGAN PENGAMBILAN SEJUTA WAJAH, ALGA WOMEN DAN PRODUK NW.


HARI KEEMPAT RAWATAN. TERAPI URUTAN AIS DIBAHAGIAN MUKA DITERUSKAN LAGI UNTUK MERAWAT BAHAGIAN YANG PATAH. ALHAMDULILLAH PESAKIT KINI BERANSUR PULIH.


HARI KELIMA RAWATAN. PESAKIT KINI BOLEH MENGGERAKKAN BAHAGIAN KIRI MUKA. TERAPI URUTAN DITERUSKAN LAGI


HARI KEENAM RAWATAN. SAYA SEBAGAI PERAWAT SANGAT YAKIN DENGAN APA YANG TELAH SAYA PELAJARI DI CVT. ILMU RAWATAN YANG DIBERIKAN SANGAT BERMANFAAT.


PADA TARIKH 25.12.2014. ALHAMDULILLAH…PESAKIT SEMBUH SEPENUHNYA DAN BOLEH BEKERJA SEPERTI SEDIA KALA. HANYA KESAN PARUT DAN DITERUSKAN DENGAN MENGGUNAKAN T3 (NW20)

Tuesday, 14 October 2014

Video terkini adik Nur Ain Binti Abdul Malik. Setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu kepada adik Nur Ain Binti Abdul Malik iaitu Pn. Sohana  kerana boleh diiktiraf sebagai Ibu Contoh yang Terbaik dan Sabar.

video


Tuesday, 24 June 2014

Testimony and treatments of 
Muhammad  Syafiq Naim bin Abdul Manaf 

Muhammad  syafiq Naim bin Abdul Manaf lahir pada 17 tahun yang lalu dalam keadaan yang sempurna tanpa sebarang kecacatan  di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Sewaktu umur 9 bulan beliau diserang sawan dan telah mendapat rawatan di PPUM , disini ujian imbasan { CT Scan}  dikepala dan didapati normal ,  berumur satu tahun beliau masih belum dapat berjalan tapi boleh berdiri dalm keadaan yang tidak stabil. Tiada sebarang ubatan untuk epilesi nya.
Dalam masa yang sama kami telah mendapatkan rawatan di HUKM , disini ujian EMG telah dilakukan oleh Prof Ong bagi mengenal pasti penyakit syafiq, disini pihak HUKM telah mendapati Syafiq mengidap penyakit SMA type II (Spinal Muscular Asrtophy type II). Dimana beliau mengalami masalah kelemahan otot. Kini keadaan tulang belakang beliau telah bengkok bentuk S. Pihak HUKM telah mencadangkan agar pembedahan dilaku keatas tulang belakang beliau . Tapi kami menolak kerana risiko yang sangat tinggi serta kos mencecah RM 30 ribu.
Sehingga kini beliau masih  menjalani rawatan Fisiotrapi, hidrotrapi, cerakerja di HUKM s manakala di MAFEC menjalani terapi berkuada selama 2 tahun. {2011-2012)
Kini beliau telah sedang menerima rawatan di Home Spa Terapi Ais di Shah Alam yang dimiliki oleh Prof Emeritus Dr.  Sir Norhisham Wahab. Kami mula mengenal Terapi ini melalukan Pn Suhana iaitu mak pada Ain. Melihatkan perubahan pada ain yang amat ketera , jadi kami pun terus bersetuju untuk membawa syafiq ke Spa ini.  Renangan dalam kolam yang di campur garam  bagi menguatkan otot, terapi ais serta urutan adalah cara terapi di Spa ini. Bukan itu saja syafiq juga mengambil formula yang di cadangkan oleh Doktor bagi penambah baikan keadaan nya.
Apa yang boleh saya nyatakan disini , walaupun baru hampir 2 minggu syafiq menjalani terapi di sini, perubahan pada dalam diri beliau sendiri. Tahap keyakinan diri beliau sangat tinggi, rajin menyiapkan kerja sekolah dan keadaan tulang belakangnya yang nampak tidak terlalu bengkok dan  benjolan pun dan berkurangan.
Sehingga kini syafiq masih mendapat terapi di sini,. Mudahan Allah swt memberkati usaha kami…
AMIN YA RABBALA’MIN................................

Keadaan Adik Syafiq sebelum melakukan rawatan di Home Spa Ice Therapy.


Hari pertama mendapatkan rawatan


Proses Urutan dilakukan ke atas adik Syafiq


Rendaman Kolam Renang Air Garam sebelum mandian Hidroterapi Ais dilakukan


Mandian Hidroterapi Ais



Perkembangan dan kesan selepas proses urutan dan Hidroterapi Ais di Home Spa Ice Therapy.

Alhamdulillah...........



Sunday, 18 May 2014

Semasa berumur 5 hari Amirul @ Muhammad Rafiuddin telah di sahkan menghidap Jaundis yang  kritikal  dan sawan beliau telah di masukkan ke NICU dan rawatan pertama diterima adalah proses penukaran darah.


Selepas proses penukaran darah selesai, timbul komplikasi pada buah pinggang beliau menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik dan badan mula membengkak kerana air kencing tidak dapat keluar serta sawan yang dialami menjadi bertambah kronik menyebabkan ubat penahan sawan terpaksa diberikan.
Hari pertama hingga hari ke 4, di NICU 100% mengharapkan mesin bantuan pernafasan

Satu persatu komplikasi berlaku pada beliau, badan yang lesu tiada lagi tangisan dan tanpa sebarang respon setiap kali badannya ditusuk jarum-jarum halus untuk mengambil darah bagi membolehkan bacaann kadar jaundis dibuatSehinggalah masuk hari kedua di NICU  pakar yang memantau perkembangan beliau mengesahkankeadaan beliau makin tenat kerana tanda-tanda yang ada menunjukkan telah berlaku kerosakan pada otak dan beberapa organ lain. Pernafasan pula  seratus peratus mengharapkan mesin sokongan pernafasan.
Badan membengkak  kerana komplikasi pada buah pinggang

Bermula Hari ketiga Amirul  sudah mula menunjukkan tanda penolakan pada susu badan yang nurse masukkan melalui tiub. Sehinggalah hari  keempat  merupakan hari penentuan samada beliau mampu bernafas sendiri atau sebaliknya

Alhamdulillah, setelah mesin dibuka perlahan-lahan, graf pernafasan Amirul  menunjukkan tanda positif beliau mampu bernafas sendiri. Bermula dari saat itu, Amirul terus bernafas tanpa bantuan mesin  lagi tapi masih dibawah pemantauan  yang rapi  sehinggalah keadaan benar-benar stabil, suara tangisan mula kedengaran dan respon pada rawatan yang diberikan serta dibenarkan keluar wad pada hari ke 10 di NICU.

Hari ke 10 di NICU, mula sedar , bersuara dan ada respon  bila disentuh

Setelah 10 hari di NICU, kesan ubatan yang paling ketara adalah rambutnya yang gugur  bila  kepala disentuh. Penyusuan masih menggunakan tiub  yang sedia terpasang pada mulut. Selepas pertemuan pertama kali bersama Dr. Zanal –CVT , atas nasihat beliau wayar tersebut dibuka dan Alhamdulillah beliau mampu menyusu secara  normal sebagaimana  bayi-bayi yang lain.

Selepas 10 hari di NICU rambut  gugur bila disentuh

Amirul  telah bermula dengan ubatan CVT semenjak berusia 1 bulan didalam kandungan(Maternity Oil)  dan diteruskan dengan dengan pengambilan formula  selepas keluar dari NICU.

Kesan dari sawan yang dihadapi Amirul, beliau mengalami masalah pembuangan air besar yang agak serius , berat badan menurun serta terganggu waktu tidur dimalam hari terutama diawal pagi.
Berat badan  menurun keadaan badan yang tidak tegak disebabkan sawan yang dihadapi

Pada bulan Disember 2013 Amirul telah dirawat secara urutan dan pengambilan formula CVT secara lebih teratur.


Perubahan yang  paling ketara dapat dilihat pada  masa tidur  pada waktu malam yang tidak lagi menangis serta tidur dengan lebih selesa. Mampu membuang air besar dengan lebih baik juga terlihat pada air muka  yang lebih sihat dan mampu  tersenyum  bila diagah.

Semasa sesi urutan

Wajah selepas   mendapat  urutan dan pengambilan formula yang lebih teratur


Peringkat awal proses urutan Amirul@ Muhammad Rafiuddin, bermula dengan 12 sesi urutan dengan kekerapan 3 kali seminggu pada masa itu hampir keseluruhan badan tak dapat diurut  dengan baik kerana Amirul akan menangis kesakitan. 

Sebelum sesi urutan Amirul akan berendam dikolam garam , pada mulanya selama 20 minit kerana beliau akan menangis dan tidak selesa bila masuk ke kolam, tetapi masa berendam dikolam bertambah secara beransur-ansur menjadi lebih lama pada setiap sesi mandianAmirul mampu menyesuaikan diri di dalam kolam dan adakalanya  tertidur bila dimandikan.

Rendaman kolam renang air garam dilakukan setiap kali sebelum sesi urutan dilakukan

Proses urutan bermula dengan urutan ringan secara perlahan-lahan. Apabila masuk sesi kelima urutan, Amirul mula menunjukkan tanda-tanda positif, mampu diurut tanpa tangisan  kesakitan, beliau mampu  membuang air besar  tanpa bantuan seperti sebelumnya, mampu tidur dengan nyenyak dimalam hari dan hampir semua anggota badan dapat diurut dengan lebih baik kecuali bahagian leher dan kepala yang hanya boleh digosok tanpa urutan yang sewajarnya.
Semasa sesi urutan dijalankan

Sesi urutan diteruskan sehingga sesi  ke 12.  Keseluruhan badan Amirul mula menunjukkan penerimaan terhadap proses urutan, bahagian leher dan kepala dapat diurut dengan lebih baik serta saraf  nampak lebih lembut dan sendi-sendi beliau tidak kejang seperti sebelumnya.


Setelah 12 sesi pertama urutan selesai dengan pengambilan formula secara teratur, lebih banyak tanda-tanda positif yang kelihatan pada Amirul dan tenang bila diurut sambil baring dikatil urutan.


Sehingga  11 Mei 2014 Amirul baru selesai melalui sesi urutan yang ke 30.  Biarpun sesekali Amirul sawan tarik tapi mampu ditangani dengan NW dan SW serta teknik urutan yang turut dipraktikkan dirumah